Wednesday, January 12, 2011

15 Light Years Away. Kau Cananglah Sama Siapa. Semua Mesti Mahu Senyum.

Sekitar tahun 1996.
Hari Sabtu. Haribulan dan bulan berapa? ,tak ingat.

Baju Adidas - tug in.

Seluar jeans pinjam abang aku punya yang kena lipat kat kaki sebanyak 3kali lipatan.

Kasut Puma Hi-Cut ( Nico pakai untuk video clip - Inilah Nasibku - )
Rambut disikat ke belakang rapat dan rapi. Menggunakan minyak rambut jenama "tancho". Dibeli di kedai ubat Ba.
Sambil dicalit sedikit di sideburn,
dengan harapan tumbuh dengan lebat dan panjang.

Sudah siap sepenuhnya.
Berkumpul di tempat biasa - namanya Belakang. Masa dulu-dulu belum ada pondok berbumbung lagi.

Naik bas bertanda "Hutan Kampung". Tambang 0.35 sen.
Tidak pun, bas Kuala Pai. Tapi tak rare la naik bas tu. Orang kata hulu.
Itu pun sebab bus-stop dekat dengan rumah.

Kalo rasa-rasa hendak bergaya lebih. Menapak la sikit.
Naik bas "PKNK". Baru la urban.
Orang pekan la konon-kononnya. Ada style!




Itu sekitar tahun 1996.

Sekarang dah 2011.

15 tahun dah berlalu.

Aku sudah tua!



p/s : Kalau boleh sangkut walkman kat pinggang seluar. Memang hang la paling stail time tu.

1 comment:

.(ns) said...

u were 15. bukan men bgaya ek. tau tak nak pmr mase tu? hehehe ;P
saya baru nak amek upsr ok. ok
sema dah tua. nico lagi la tua! hahah