Thursday, July 9, 2009

Matapelajaran Matematik Adalah Satu Matapelaran Yang Penting Bagi Aku

Aku bilang-bilang. Setahun setengah sudah aku di sini.
Aku kira-kira. Seberapa banyak pengalaman aku dapat.
Aku tekan-tekan. Tiada duit yang jatuh dari langit.
Aku fikir-fikir.

Berapa lama lagi aku di sini?
Cukupkah pengalaman aku sekarang?
Adakah aku akan menjadi jutawan?

Semua itu telah pun tercatat.
Cuma diri ini perlu berusaha untuk kebaikan atau kejahatan.


Wallahu'alam.

Monday, July 6, 2009

Masa Untuk Tenangkan Segalanya Ada Di Sini.

Kali ini berlainan sedikit.
Aku berada betul-betul di ruang tamu rumah aku sendiri.
Bukanlah rumah ini bergerankan nama aku.
Tapi rumah ibu bapa aku.
Aku membesar di rumah ini.

Jiwa aku tenang juga di sini.
Makan pagi siap.
Makan tengahari sambil menonton Buletin 1.30.
Fuh! Seronok juga.

Petangku bersama kawan-kawan di gerai tepi jalan.


Kalau malam pula. Aku ronda-ronda sekitar kawasan lama jajahan aku.
Teringat kembali nostalgia lama.
Ops! Sudah. Bukan aku nak cerita tentang cerita lama pun.


Cuma aku nak cerita tentang kemurahan makanan di sini.
Tapi aku tidak dapat lagi bercerita tentang ini sekembalinya aku ke Kota Metropolitan.
Aku hanya boleh bayangkan saja.

Mungkin kau tak dapat bayangkannya kan?
Tidak mengapa.
Aku berikan kau contoh.

Kau minum Teh Ais.
Kau hanya perlu memberi sehelai wang kertas RM1.
Dan tunggu untuk mengambil baki wang kau sebanyak 20sen.

Macam mana? Boleh bayangkan?

Thursday, July 2, 2009

Aku Perlukan Masa Untuk Bersama Keluarga

Bulan lepas antara bulan-bulan yang sibuk untuk aku.
Aku ke Pantai Port DICKson.
Aku ke keramaian orang pelik-pelik sambil bergurindam jiwa.
Hari Bapa sedunia juga.

Jadi bulan ini aku ingin mulakan dengan 'Masa Untuk Keluarga'.
Bukan aku sudah lupakan sahabat handai.
Cuma ingin luangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Lagipun, aku baru saja mendapat panggilan telefon daripada adikku.
Dia baru saja mendapat khabar yang kurang baik dari doktor. 'Gegendang telinganya berlubang'.

Sekarang dia hanya berdaya mendengar dengan telinga sebelah kanan sahaja.
Yang kirinya 'out'.

Jadi aku ingin menemani adik aku balik ke pangkuan mak abah aku. Dia perlukan mereka di tika ini.

Keputusan muktamad samada perlu dibedah atau tidak bergantung kepada ubat-ubatan yang diberi selama 2 minggu ini.

Aku harap tak perlu dibedah. InsyaAllah.



P/S : jika mahu mengorek tahi telinga, pastikan tidak mengenai gegendang telinga anda kerana ia hanyalah senipis kulit bawang.