Wednesday, September 24, 2008

Dah Botak Rupanya..Tak Sangka Kan?

Kembali daripada pejabat. Hati aku terdetik nak ke bazar Ramadhan. Berseorangan aku berjalan mencari juadah. Aiyak!Bila nak berdua-duaan pula?

Tak sampai 10minit aku di bazar. Aku pulang dengan pasembor. Itu sahaja yang dapat menarik perhatian aku. Tiba sahaja pada motorsikal tanpa gear aku yang berwarna hijau itu. Saja la ingin melihat keadaan si hijau ku. " Dah lama aku tak basuh ang kan? Buat tak tahu ja kat ang."

Tup-tup! Alamak! Dah botak pula tayar belakang. Patutlah rasa tak yakin ja menunggang di waktu jalan basah. Inilah dugaan namanya. Dah dekat nak raya ni.

Aku hanya ingat duit raya untuk kaum keluarga sahaja. Walhal, si hijau ini pon kaum keluarga ku juga. Nak manja dengan tuannya sekali sekala. Tak salah kan?

Di kira-kira cukup lah belanja untuk menukar tayar yang baru. Aku hampir terlupa. Lesen memandu kelas B2 dan D aku pon akan tamat pada hari Jumaat ini. Aiseymen, duit lagi tu. Berkurangan bajet aku untuk perkara-perkara berkenaan hari raya ini.

Aku tak kisah, janji aku selamat sampai di kampung halaman aku untuk berhari raya bersama sanak saudara ku. Wahai ahli-ahli keluarga Yahaya bin Abd. Hamid, tunggu kepulangan aku ya? Kau bagaimana? Harap-harap bergumbira jua di hari raya ini. Ingatlah,sambut lah hari raya ini sebagai hari kemenangan kita.

Monday, September 22, 2008

Baru-baru ini kan? Dia pergi ke Langit Aquamarinenya.

Aku melihat apa yang di catat. Tersentuh aku. Ish...Tersentuh hati aku ini. Bukan sentuh tempat lain. Tak boleh, dosa.

Nak dipesan. Tapi seingat aku dah pesan. Nak ditegor. Tak boleh la, aku tak rasa apa yang dia rasa. Hanya aku boleh mendorong supaya dia masih boleh melihat langitnya. Masih boleh pergi ke langitnya. Sedikit sebanyak, aku masuk ke dalam hatinya. Untuk memahami gelap dan pahit. Chentanya terhadap langit terlalu tinggi. Aku mengerti kerana tanpa langit itu. Hidopnya tiada ertinya.

Tiada kuasa aku untuk kembalikan langit kepadanya. Hanya harapan dan doa dari jauh. Mungkin langitnya itu tak dapat aku tunaikan. Tetapi aku ingin bawanya ke langit lain yang seakan-akan langitnya. Walaupun aku tahu, ia tak akan sama seperti langitnya.

Setidak-tidaknya aku cuba, kan? Daripada tak buat apa langsung. Ini tidak, asyik-asyik goyangkan benda itu saja. Bawa-bawa lah berhenti. Goyang benda lain pula.

Sabar lah, walaupon langit kau sudah tidak dapat di sentuh. Tetapi kau kena ingat. Langit kau masih memberikan kau teduh. Langit kau masih mengikuti kau. Langit kau masih berada dekat.

Friday, September 19, 2008

Penat Tidak Mengapa. Sabar La Sekejap. Masa Akan Tiba.

Tidak pula aku penat membuat kerja di kantor. Apatah lagi nak berserabut tentang kerja. Aku hanya tengah fikir nak balik raya saja. Hang pun sama kan?

Biasa la, dah raya 'setahun hanya sekali, kita merayakan hari yang mulia ini'. Sebagai mengambil langkah awal. Aku pergi ke bank. Tujuannya ialah menukar duit raya. Argh... Apa punya bank. Ada ka patut, duit note rm50 pon tak ada. Ish, mengarut betol. Tidak mengapa, dugaan di bulan puasa. Aku senyum sahaja.

Berbuka puasa aku dengan rakan-rakanku. Kenyangnya. Tapi tak sedap sangat. Dah lapar, belasah aja la.

Kemudian, dalam aku leka menonton tv sambil sandarkan badan di sofa yang hempuk. Aku terima panggilan dari abangku. Oh tidak! Aku lupa yang aku sepatutnya berbuka puasa bersama-sama abang aku. Terlepas aku merasa makan di kelab golf. Agak menarik kan? Dah bukan rezeki aku. Tidak apa la.

Mengapa aku tidak boleh tidor awal seperti dulu? Baik ke kelabu malami sahaja. Ringankan badan, goyangkan badan. Mata pon sedap memandang. Ish! Tak suka aku tempat itu. Kau suka?

Inilah yang aku cakap tadi. Aku terlalu ghairah memikirkan tentang balik raya. Ghairah balik raya tidak sama seperti ghairah itu ya. Paham tak? Sudah la. Buat-buat saja macam tak paham. Bulan puasa pun nak fikir bukan-bukan.

Thursday, September 18, 2008

Engkau Jangan Korek Tahi Hidung La. Batal Puasa. Atau Memang Engkau Tak Puasa?

Kau kenal kepada Ah Lim? Mungkin kau kenal sebagai tokey kedai runcit di belakang rumah kau. Mungkin kau kenal sebagai jiran kau. Mungkin jua kau kenal sebagai foreman kereta kau.

Berlainan dengan aku. Aku tidak mengenali siapa Ah Lim sebelumnya. Tetapi bermula bulan September ini. Ah Lim antara kawan rapat aku. Hahaha. Kawan rapat aku? Pelik juga aku fikirkan. Tetapi ia adalah realiti dan fakta.

Ah Lim tidak pernah menjamah di depan aku. Dia hormat aku dan agamaku. Aku suka dia. Suka sebab penghormatannya terhadap aku dan agama. Bukan suka yang lain. OK?

Tetapi malangnya, botol air mineral penuh berisi air dilanggahnya setiap hari di depan aku. Rokok kesukaan ku jua dinyalakan dan berasap. Fuyooo! Aku puasa. Jangan pula kerana rokok sebatang, habis puasa sehari aku. Baik korek sahaja hidung sambil hisap rokok. Alang-alang tak puasa. Bersihkan lubang hidung sekali.

Nasib baik ada komputer ini. Tidak lah aku terasa ketagih rokok sangat.

Tidak mengapa, sekarang pon sudah pukul 2.20 petang. Hanya kira-kira 5 jam sahaja lagi. Kalau kau tidak ada apa-apa kerja. Pergi lah main komputer. Tidak ketagih rokok. Tapi ingat. Jangan korek hidung. Nanti batal puasa kau.

Monday, September 15, 2008

Pak Hassan! Kenapa Ikat Tali Leher Kat Kepala? Bukankah Tali Leher Perlu Diikat di Leher.

Rakus dia pada maghrib semalam. Lapar macam tak makan 3 hari saja. Sabar la bro, saya pon puasa. Tapi mmg ghairah tengok cara dia makan. Nampak berselera.

Muka aku tidak menunjukkan sebarang reaksi bermasalah. Kerna aku tidak hendak hiraukan tentang masalah. Masalah aku hanyalah lapar.

Abe, kawe nok siakap tiga rasa..tomyang aye..kaile ike masing. teh o beng sa.

Kenyang bro. Aku hadap juadah aku tu. Apa lagi, masa untuk perasap plak la.

Pak Hassan pon sedang berasap dengan rokok daunnya. Kenapa mukanya seperti minta penyepak? Bukankah kerajaan menyeru supaya kita mengamalkan budaya senyum? Mungkin dalam hatinya ialah bulan hijau dan bukan dacing biru.

Seperti mahu jerut tengkoknya dengan tali leher. Nasib baik tali lehernya ada di kepala. Apapun, aku tetap ingat pesan mak aku, "Hormat orang-orang tua tau anakku".

Sebelum tangan aku menggapai tali lehernya itu, baik aku menghala ke arah rumah sahaja.
Kalau nak merasa tidur di hotel besi. Cuba-cubalah tarik tali leher Pak Hassan. Raya dah dekat. nak balik kampung atau nak raya di Kuala Lumpur?

Friday, September 5, 2008

Apapun Yang Berlaku..Ingat! Ingatlah kepada Pencipta Seluruh Alam.

Semua dugaan datang daripada Allah s.w.t. Aku seperti hari-hari sebelumnya. Akan tetapi, tibanya bulan yang penuh dengan kemuliaan dan kerahmatan ini. Hati aku berkecamuk. Pelbagai dugaan perlu aku hadapi. Hinggakan kesemuanya tak menjadi.

Aku mengalami perubahan yang ketara. Bermulanya puasa dengan tempat kerja yang baru, persekitaran yang baru, pengamatan puasa aku kali ini bukan lagi di tempat asalku tetapi di kota metropolitan. Aku sabar, aku tabah. Inilah dugaanNya. Aku mengharap ada hikmah disebaliknya. Itulah harapan aku.

Berhari-hari aku memikirkan tentang kerja, letih otak aku membuat anggapan apa pula akan terjadi pada esok harinya. Tiada hujung pangkalnya. Tidak semena-mena aku merantau dari satu daerah ke satu daerah. Penatnya tak terhingga. Inilah dikatakan puasa.

Aku merasa semua ini. Engkau terasa juga?

Cuba lah aku mendekatkan diri pada Yang Maha Kuasa. Dengan cara ini aku boleh kembalikan hati ku seperti sedia kala.