Tuesday, November 25, 2008

Kain Putih

Semalaman aku bergelumang dengan mimpi. Untuk pertama kalinya bermimpi. Bukanlah selama ini tidak pernah bermimpi. Tapi kali ini mimpi hinggakan gementar hingga tersedar sambil jantung laju berdetak.

Mengapa? Kerana aku hanya terlihat tubuhnya diliputi kain putih.

Nangis aku dalam mimpi. Semangat kuat menjadi tiada. Aku sudah tiada upaya.

Walaupon hanya mainan tidur. Aku resah. Aku bimbang. Ceritera ini akan terjadi jua di kemudian hari. Hanya menunggu saatnya.

Bagaimana aku perlu tempuh kenyataan ini sedangkan mimpi pun tidak dapat aku harungi.

Mungkin kau hairan kan? Apakah sebenarnya mimpi itu kan?

Aku berdoa agarnya tiada apa-apa.

Abah. Aku doakan agar abah senantiasa sihat.



Amin

Wednesday, November 12, 2008

Terpaksa Jua Aku

Aku adalah seorang yang komited dengan kerja. Pendapatanku boleh dianggarkan RM4000-RM7000 setiap hujung bulan. Secara puratanya aku boleh menerima RM5500.

Aku bercita-cita untuk memiliki sebuah kereta mewah. Kemana saja aku pergi, aku senantiasa menceritakan kepada sesiapa saja tentang pendapatan dan cita-citaku ini. Selama bertahun-tahun aku ingin mengecapi apa yang diimpikan. Tetapi masih angan-angan Mat Jenin.


Ehem-ehem!

Watak 'aku' di atas itu bukanlah aku ini sebenarnya. Dia adalah seorang insan yang sudah lama aku kenal.

Aku mengarang seperti itu untuk menceritakan tentang sifat manusia. Selalu angkuh dan takbur bila berkata-kata.

Tidak salah pandang ke depan. Tetapi kau mesti ingat, ukur baju pada badan sendiri.

Kisahkah aku jika kau berkereta mewah? Cemburukah aku jika kau berpendapat tinggi? Tidak sama sekali. Malahan aku lebih berbangga kerana punyai kawan seperti kau.

Tetapi apa yang ku tahu. Semua itu hanya di dunia khalayan kau. Kau tidak sedar. Kau leka dengan permainan kau sendiri.

Baliklah kau. Sudah la. Jika kau mahu berkawan lagi dengan aku. Jika tidak, apa aku peduli. Sambung saja khalayan kau.




P/S: Ingatlah si pembaca dan tidak lupa juga diriku sendiri. Jangan jadi seperti watak 'aku' di atas. Buruk padahnya.

Tuesday, November 4, 2008

Tentang Ceritera

Sedang aku mengamati lagunya
Suatu deringan berbunyi
Bimbit ku rupanya
Bila di lihat
Ada sms

Aku baca
Datangnya dari yang rapat
Tetapi hairan
Pesanan ringkas itu bukannya darinya

Aku gusar
Aku resah
Aku gundah

Mengapa harus ini terjadi
Aku tidak dapat bayangkan
Entah bagaimana boleh terjadi
Tidak ku pinta semuanya

Kecewa di hati
Sedih bersama pilu
Aku kebengongan
Semuanya berubah sekelip mata

Silapkah aku?
Salahkah dia?

Aku tak pasti
Hanya Tuhan tempatku berlindung

Aku bahagia di belakang hari
Tidak lagi tika ini
Hanya duduk kekeliruan

Jalanku tidak bermaya
Tidurku tidak lena
Makanku tidak enak
Ibadatku harap diterima

Sudah tiada lagi
Impian ku musnah
Biarlah berlalu
Episod tiada kesinambungan

Ceritera lama sudah berakhir
Menjadi suatu ingatan
Entah bagaimana nak ditempuh
Hingga bertentang ceritera yang tiada pasti