masa: 6.50ptg
tarikh:21/8/08
kadang kala, kita lupa yang orang di sekeliling kita sedang memperhatikan kita.walaupun dari jarak jauh mahupun dekat. tetapi naluri manusia ini adalah pemberian daripada Yang Maha Esa yang amat tidak ternilainya, sesuatu perasaan yang boleh membuatkan kita merasa suka dan duka walaupun dalam keadaan yang tidak nampak dengan mata kasar dan tidak sedar.
oleh yang demikian, aku merasakan yang aku telah keluar dari garisan diri aku. kemungkinan aku terjatuh,tersadai,terleka mahupun terlupa. tetapi yang pastinya,aku tidak sengaja untuk keluar dari garisan itu. aku perlukan bantuan supaya aku masih berada di atas garisan aku. terima kasih kerana telah membantu dan terus menemani aku untuk terus menuju ke hadapan di atas garisan aku.
aku tidak menyangka rupanya, hanya dengan tiga perkataan "awak dah lain" yang ditegur oleh antara insan yang paling atas berada di dalam hati aku ini membuatkan aku berfikir dan terus berfikir. dan akhirnya aku telah mendapat jawapannya. di mana, aku hampir melencong ke garisan lain. tetapi aku tidak pasti garisan lain itu adalah ke arah makruf ataupun ke arah mungkar.
bagaimanapun, aku berterima kasih kerana telah sedarkan aku dari tidur. aku harapkan insan itu terus membantu dan menemani aku sehingga ke penghujung destinasi hidup aku.
tammat
1 comment:
Post a Comment