sambil menahan sejuk selepas hujan. aku perah otak ini untuk menaip sepatah dua ayat kerana sudah beberapa hari aku cuba untuk berbuat demikian dan tidak berjaya. aku kekeringan idea agaknya.
aku memikirkan bagaimana aku akan bekerja dalam keadaan tidak makan dan tidak minum di tengah rembang. aku harap puasaku kali ini penuh seperti tahun lepas.aku akan cuba sedaya upaya untuk melawan nafsu jahat ku.
harap-harap tidak ada si runner yang akan membelikan aku nasi berlauk ayam goreng dan juga air oren. aku ingin merasai suka duka berpuasa. baru lah seronok menyambut syawal yang akan tiba.
tidak engkau pun berfikiran begitu? tidak sama sekali jikalau kau tidak pernah berpuasa. lebih baik tidak puasa kerana yang pentingnya hanyalah asap yang akan dihisap dan dikeluarkan dari mulut. endahkan pada makanan dan minuman. asap lebih penting dari segalanya.
jangan kau lupa. dah alang-alang puasa. kerjakan solat sekali ya?
hatiku sudah tidak lagi menghantar berita kepada otakku yang mengarahkan jari jemari ku untuk menaip.
jumpa lagi di episod yang akan datang.
assalamualaikum
No comments:
Post a Comment