Wednesday, January 26, 2011

En. Sepet Berbaju Merah, Apakah Ini?

Geleng kepala aku.
Agak bosan.
Resah.
Terkilan.
Sudahlah.

Mulai hari ini. Kau orang tidak usah lagi membuat skill-skill yang hebat.
Tidak perlu lagi kau nak dribble bola.
Menimbang bola pun aku tak mahu.

Kau,kau,kau......

Pergi belajar ambil penalti saja.

Sia-sia betul.

p/s : Mata kau sepet sangat kah? Sudah tak boleh beza mana tiang gol dan mana satu tiang sangkut jaring?

Wednesday, January 12, 2011

15 Light Years Away. Kau Cananglah Sama Siapa. Semua Mesti Mahu Senyum.

Sekitar tahun 1996.
Hari Sabtu. Haribulan dan bulan berapa? ,tak ingat.

Baju Adidas - tug in.

Seluar jeans pinjam abang aku punya yang kena lipat kat kaki sebanyak 3kali lipatan.

Kasut Puma Hi-Cut ( Nico pakai untuk video clip - Inilah Nasibku - )
Rambut disikat ke belakang rapat dan rapi. Menggunakan minyak rambut jenama "tancho". Dibeli di kedai ubat Ba.
Sambil dicalit sedikit di sideburn,
dengan harapan tumbuh dengan lebat dan panjang.

Sudah siap sepenuhnya.
Berkumpul di tempat biasa - namanya Belakang. Masa dulu-dulu belum ada pondok berbumbung lagi.

Naik bas bertanda "Hutan Kampung". Tambang 0.35 sen.
Tidak pun, bas Kuala Pai. Tapi tak rare la naik bas tu. Orang kata hulu.
Itu pun sebab bus-stop dekat dengan rumah.

Kalo rasa-rasa hendak bergaya lebih. Menapak la sikit.
Naik bas "PKNK". Baru la urban.
Orang pekan la konon-kononnya. Ada style!




Itu sekitar tahun 1996.

Sekarang dah 2011.

15 tahun dah berlalu.

Aku sudah tua!



p/s : Kalau boleh sangkut walkman kat pinggang seluar. Memang hang la paling stail time tu.

Friday, January 7, 2011

Kak Limah! Masuk Le. Dah Malam. Kang Kene Gigit Dek Nyamuk. Dapat Malaria Tapioca. Sape Susah?

Kira-kira baru 7 hari untuk tahun baru 2011.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dah cecah RM 7 juta katanya. Wow! Permulaan tahun baru yang bagus. Tahniah lah kepada abang Mamat Khalid. Murah rezeki Abang.

Filem Dr. Rozmey kita pun apa kurangnya. Katanya mencecah RM 40 juta kot rasanya.
Congrates juga Doktor.

Aku terfikir juga kadang-kadang nak bikin filem. Teringin nak jadi jutawan juga.

So, apa yang aku perlu buat. Langkah pertama, simpan rambut panjang sikit. Beli bow tie. Pastu bergambar berpropkan kerusi pengantin.

p/s : hey!pelissss.. You should not put an "E" on that word. It's just congrats! not congrates! . Without E okay!

Tuesday, January 4, 2011

Sediakan Payung Sebelum Hujan.

Hey dude!

Orang cakap, alang-alang menyelup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Hujung minggu ini aku busy.
Nak uruskan hal-hal masa depan.
So, kau orang kalau nak ajak aku pergi mana-mana.
Minggu lagi sekali ok?

Bye-Bye.


p/s : nanti aku cerita kenapa.

Monday, November 15, 2010

Ini Tentang Kehidupan. Tak Sama Seperti Akademi Fantasi.

Jika kau rasa kau nak makan hati.
Jaga-jaga.
Jangan makan terlebih.
Nanti terkena gout.

Tapi kalau kau rasa kau tak mahu tanggung sakit gout.
Aku perlu berbuat sesuatu untuk membuatkan kau makan hati dengan aku.

So, kau pilih mana satu kau mahu.

Wednesday, November 3, 2010

Selamat Tinggal.

Sorry to say, "Hari ini adalah hari perpisahan kita."

Bukan aku sengaja nak tinggalkan kau. Tapi kalau dah membawa masalah kepada aku.

So, aku terpaksa mengambil jalan yang boleh sebabkan aku menanggung sesal dalam beberapa hari.

Highlight di situ, TERPAKSA. Bukan sengaja.

Daaa. Full Stop.


p/s : Aku sertakan gambar kenang-kenangan di bawah.
Biar jasa jadi kenangan. Hurm

Tuesday, October 19, 2010

Jika Kau Dua Orang Kebetulan. Aku Hanya Berbuat Kebenaran.

Kalau kau cakap kau bukan terrorist.
Aku harap kau perlukan tulisan yang lebih besar.
Ramai sangat yang bagi tahu aku kau suka tulis kecil-kecil.
Macam mana orang nak tahu kau itu bukan seorang terrorist.
Tulisan kau pun susah nak di baca.
Waktu sekarang mata kau dah mengecil sambil dahi kau berkerut dan jugasedang muka merapati skrin.