Saturday, May 22, 2010

Hey Brad Pitt! Aku Pun Ada Messenger.

Idea aku secara tiba-tiba menjelma untuk membuat satu iklan produk yang confirm-confirm kena banned kat Malaysia.

Seperti iklan Pepsi menghina Coca-Cola.

Bolehkah aku hendak kau menjadi talent untuk berlakon dalam iklan produk aku ini?

Lakonannya senang sahaja.

Berlakon watak sebagai seorang yang mempunyai telefon bimbit yang tiada fungsi untuk membuat panggilan.

Baca betul-betul.

"TIADA FUNGSI untuk membuat panggilan."

Dalam pada yang sama, kau hanya boleh memhantar SMS tanpa ada apa-apa kesalahan pada ayat-ayatnya.

Butang "C" juga tidak berfungsi.

Tidak lupa kepada butang "Options".
Ini bermakna, jika kau terjumpa rakan lama kau. Kau hanya sekadar berlakon untuk save nombor telefon bimbit kawan kau. Tetapi pada hakikatnya, kau tidak boleh sama sekali untuk berbuat demikian.

Agak-agak kau lah, boleh laku tak iklan aku?



p/s: Aku rasa baik aku pakai Messenger seperti pelakon cerita-cerita Hollywood. Dimana boleh aku cari?

No comments: