Saturday, May 22, 2010

Hey Brad Pitt! Aku Pun Ada Messenger.

Idea aku secara tiba-tiba menjelma untuk membuat satu iklan produk yang confirm-confirm kena banned kat Malaysia.

Seperti iklan Pepsi menghina Coca-Cola.

Bolehkah aku hendak kau menjadi talent untuk berlakon dalam iklan produk aku ini?

Lakonannya senang sahaja.

Berlakon watak sebagai seorang yang mempunyai telefon bimbit yang tiada fungsi untuk membuat panggilan.

Baca betul-betul.

"TIADA FUNGSI untuk membuat panggilan."

Dalam pada yang sama, kau hanya boleh memhantar SMS tanpa ada apa-apa kesalahan pada ayat-ayatnya.

Butang "C" juga tidak berfungsi.

Tidak lupa kepada butang "Options".
Ini bermakna, jika kau terjumpa rakan lama kau. Kau hanya sekadar berlakon untuk save nombor telefon bimbit kawan kau. Tetapi pada hakikatnya, kau tidak boleh sama sekali untuk berbuat demikian.

Agak-agak kau lah, boleh laku tak iklan aku?



p/s: Aku rasa baik aku pakai Messenger seperti pelakon cerita-cerita Hollywood. Dimana boleh aku cari?

Thursday, May 20, 2010

Obsess Kau Melampau. Orang Masa Lampau Pun Tak Obsess Macam Kau.

Akhir-akhir ini.

Masa merubah segala.

Niat keluarga untuk anak-anak mereka mempelajari ilmu ke setinggi-tinggi peringkat yang ada.
Adalah niat anak-anak mereka hanya untuk keluar dari kepompong keluarga.

Sudah menjadi trend budak-budak sekarang.
Sesudah SPM, walaupun result tidak terlalu memberangsangkan mahupun hebat.

Lembah Klang atau lebih mudah difahami, Kuala Lumpur adalah destinasi yang amat tepat dan sesuai untuk menyambung pelajaran.

Kalau dahulu, mereka hanya gadis kampung yang tidak tahu apa-apa.
Sekarang, merekalah paling HOT. Paling HEBAT. Paling DIVA.

Tiada siapa yang dapat menegur. Konon-kononnya, mereka sudah meningkat dewasa.
Sudah matang.

Yang menegur atau kaki report, dianggap sebagai kolot dan dicerca habis-habisan.

Ok, aku tidak menegur atau kaki report. Cuma aku berasa kecewa dengan sikap mereka. Terlalu obsess dengan dunia sekarang.

Dulunya hanya memakai jeans straight cut.
Disebabkan masa merubah segalanya, dari jeans itu mereka telah bertukar kepada hot pant atau mini skirt.

Aku tidak marah. Cuma aku bimbang.

Cuma aku rasa, mungkin belum masanya mereka berjumpa dengan ruas rasanya.
Biarkan mereka tahu langit itu tinggi atau rendah.



Sekarang masa untuk aku fikirkan tentang diri aku.
Sudahlah Maria, mari kita tidur. -tribute to Arwah Din Beramboi-