Hari ini aku puasa.
So, aku tidak mahu lebih-lebih.
Cuma aku hendak katakan yang aku berasa tidak sedap hati.
Aku ibarat pelakon tambahan yang dibayar gaji lumayan.
Walaupun watak tidak lah sehebat pelakon utama. Tetapi jika tiada aku dalam ini drama. Pasti tidak akan menarik jalan ceritanya.
Apa tidaknya, setiap kali perbalahan terjadi.
Watak aku akan diselitkan oleh pengarah.
Sebab itu aku beritahu yang watak aku perlu diwujudkan.
Pendek kata, i'm a Peacemaker.
Kau jangan salah anggap.
Aku bukan superhero seperti Bio-Nik.
Aku hanya diperlukan certain-certain masa sahaja.
Aku tidak terasa hati kalau kau hendak pinggirkan aku.
Cuma aku minta dari kau.
Janganlah berikan aku masalah kau.
Aku rasa watak aku perlu dihapuskan untuk masa sekarang.
Kerana aku mahu puasa aku hari ini 100%.
I got to go.
Minta maaf lah kalau kau terasa atau jauh hati.
p/s: bukanlah maksudku untuk mencerca atau menghina. aku hanya minta kau fikir dan menghormati tentang hak dan masa-masa aku saja.
2 comments:
watak penting
awak kan ada watak baru. hang kebun di farmville.
"hang kebun pun hang kebun.. hang kebun tak boleh pakai keris tapi kena pakai cangkul.."hehe cite pramlee
Post a Comment