Thursday, July 2, 2009

Aku Perlukan Masa Untuk Bersama Keluarga

Bulan lepas antara bulan-bulan yang sibuk untuk aku.
Aku ke Pantai Port DICKson.
Aku ke keramaian orang pelik-pelik sambil bergurindam jiwa.
Hari Bapa sedunia juga.

Jadi bulan ini aku ingin mulakan dengan 'Masa Untuk Keluarga'.
Bukan aku sudah lupakan sahabat handai.
Cuma ingin luangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Lagipun, aku baru saja mendapat panggilan telefon daripada adikku.
Dia baru saja mendapat khabar yang kurang baik dari doktor. 'Gegendang telinganya berlubang'.

Sekarang dia hanya berdaya mendengar dengan telinga sebelah kanan sahaja.
Yang kirinya 'out'.

Jadi aku ingin menemani adik aku balik ke pangkuan mak abah aku. Dia perlukan mereka di tika ini.

Keputusan muktamad samada perlu dibedah atau tidak bergantung kepada ubat-ubatan yang diberi selama 2 minggu ini.

Aku harap tak perlu dibedah. InsyaAllah.



P/S : jika mahu mengorek tahi telinga, pastikan tidak mengenai gegendang telinga anda kerana ia hanyalah senipis kulit bawang.

No comments: