Friday, January 30, 2009

Keluh Sampai Peluh

Mungkin penyebabnya adalah cuti yang agak panjang. Buat aku terasa lengai.


Entah mengapa badan aku terasa lemah sekali. Mungkin kerana antibodi aku sudah kurang. Aku hanya makan gaji buta saja.


Tapi setelah mengisi perut tengahari. Aku kembali bersemangat untuk tidak memakan gaji buta. Lantas aku terus melakukan kerja aku seperti biasa.


Baru 5 hari aku tinggalkan. Tapi ada benda yang membuatkan aku marah. Rasa membuak-buak hati aku nak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mereka itu.


Apa boleh buat, para-paradikma di dalam diri aku ini tak mengizinkan aku untuk sedekahkan kata-kata kesat aku kepada mereka. Hanya mengeluh di tengah hari terik sahaja. Sampaikan berpeluh satu badan.


Sekurang-kurangnya aku tetap juga berpeluh. Walaupun tidak bersenam.

1 comment:

.(ns) said...

eh encik jari tekan butang, mak-mak kita dah pesan tak elok mengeluh? tapi berpeluh itu elok untuk kesihatan ;P