Sunday, August 30, 2009

It's Like A New Era of Friendship. Don't Tell Me What Happens Next.

Hari ini aku puasa.
So, aku tidak mahu lebih-lebih.
Cuma aku hendak katakan yang aku berasa tidak sedap hati.

Aku ibarat pelakon tambahan yang dibayar gaji lumayan.
Walaupun watak tidak lah sehebat pelakon utama. Tetapi jika tiada aku dalam ini drama. Pasti tidak akan menarik jalan ceritanya.

Apa tidaknya, setiap kali perbalahan terjadi.
Watak aku akan diselitkan oleh pengarah.
Sebab itu aku beritahu yang watak aku perlu diwujudkan.
Pendek kata, i'm a Peacemaker.

Kau jangan salah anggap.
Aku bukan superhero seperti Bio-Nik.
Aku hanya diperlukan certain-certain masa sahaja.

Aku tidak terasa hati kalau kau hendak pinggirkan aku.
Cuma aku minta dari kau.
Janganlah berikan aku masalah kau.

Aku rasa watak aku perlu dihapuskan untuk masa sekarang.
Kerana aku mahu puasa aku hari ini 100%.
I got to go.

Minta maaf lah kalau kau terasa atau jauh hati.


p/s: bukanlah maksudku untuk mencerca atau menghina. aku hanya minta kau fikir dan menghormati tentang hak dan masa-masa aku saja.

Saturday, August 8, 2009

Kali Ini Tulisan Aku Lebih Kepada Tulisan Emosional.

Pada hari semalam.
Aku terasa seperti aku seorang yang popular di kalangan mereka-mereka itu.

Tapi aku sendiri tak pasti.
Semua itu hanyalah andaian aku semata-mata.

Aku tidak kisah kalau populariti aku itu sama hebat seperti Farid Kamil.
Tapi populariti seperti Nordin Mat Top.

Aku tidak segangster itu.
Aku tidak pandai membuat bom walaupun persekitaran aku bekerja di Fakulti Sains Nuklear.

Tapi apa-apa pun, terima kasih aku ucapkan.
Kerana kau telah mempopularkan aku.

Jika aku seorang Pelakon Lelaki Terhebat suatu hari nanti.
Aku akan mengambil kau sebagai P.A aku.
Kau tunggu lah

Ok.

Aku bukan mahu apa pun, kawan.

Tidak bolehkah kau menghormati aku atas dasar pangkat umur?
Sebab aku boleh saja memikirkan tentang pangkat jawatan kau yang lebih tinggi.

Jadi, kalau kau tak boleh nak respect aku.
Jangan harap aku nak respect kau.


P/S: 1) Aku perlu duit syiling 2kupang. Ataupun pancitkan tayar sahaja.
2) Biar aku sahaja yang emosi. Kau hanya perlu baca seolah-olah tiada perasaan.

Thursday, July 9, 2009

Matapelajaran Matematik Adalah Satu Matapelaran Yang Penting Bagi Aku

Aku bilang-bilang. Setahun setengah sudah aku di sini.
Aku kira-kira. Seberapa banyak pengalaman aku dapat.
Aku tekan-tekan. Tiada duit yang jatuh dari langit.
Aku fikir-fikir.

Berapa lama lagi aku di sini?
Cukupkah pengalaman aku sekarang?
Adakah aku akan menjadi jutawan?

Semua itu telah pun tercatat.
Cuma diri ini perlu berusaha untuk kebaikan atau kejahatan.


Wallahu'alam.

Monday, July 6, 2009

Masa Untuk Tenangkan Segalanya Ada Di Sini.

Kali ini berlainan sedikit.
Aku berada betul-betul di ruang tamu rumah aku sendiri.
Bukanlah rumah ini bergerankan nama aku.
Tapi rumah ibu bapa aku.
Aku membesar di rumah ini.

Jiwa aku tenang juga di sini.
Makan pagi siap.
Makan tengahari sambil menonton Buletin 1.30.
Fuh! Seronok juga.

Petangku bersama kawan-kawan di gerai tepi jalan.


Kalau malam pula. Aku ronda-ronda sekitar kawasan lama jajahan aku.
Teringat kembali nostalgia lama.
Ops! Sudah. Bukan aku nak cerita tentang cerita lama pun.


Cuma aku nak cerita tentang kemurahan makanan di sini.
Tapi aku tidak dapat lagi bercerita tentang ini sekembalinya aku ke Kota Metropolitan.
Aku hanya boleh bayangkan saja.

Mungkin kau tak dapat bayangkannya kan?
Tidak mengapa.
Aku berikan kau contoh.

Kau minum Teh Ais.
Kau hanya perlu memberi sehelai wang kertas RM1.
Dan tunggu untuk mengambil baki wang kau sebanyak 20sen.

Macam mana? Boleh bayangkan?

Thursday, July 2, 2009

Aku Perlukan Masa Untuk Bersama Keluarga

Bulan lepas antara bulan-bulan yang sibuk untuk aku.
Aku ke Pantai Port DICKson.
Aku ke keramaian orang pelik-pelik sambil bergurindam jiwa.
Hari Bapa sedunia juga.

Jadi bulan ini aku ingin mulakan dengan 'Masa Untuk Keluarga'.
Bukan aku sudah lupakan sahabat handai.
Cuma ingin luangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Lagipun, aku baru saja mendapat panggilan telefon daripada adikku.
Dia baru saja mendapat khabar yang kurang baik dari doktor. 'Gegendang telinganya berlubang'.

Sekarang dia hanya berdaya mendengar dengan telinga sebelah kanan sahaja.
Yang kirinya 'out'.

Jadi aku ingin menemani adik aku balik ke pangkuan mak abah aku. Dia perlukan mereka di tika ini.

Keputusan muktamad samada perlu dibedah atau tidak bergantung kepada ubat-ubatan yang diberi selama 2 minggu ini.

Aku harap tak perlu dibedah. InsyaAllah.



P/S : jika mahu mengorek tahi telinga, pastikan tidak mengenai gegendang telinga anda kerana ia hanyalah senipis kulit bawang.

Monday, June 29, 2009

Hari Bergurindam Yang Meriah. Meriah Lagi Si Pencuri Itu.

Sepuluh jari tersusun meminta maaf kerana sebentar aku agak lama. Aku kembali sudah.


Hujung minggu lalu, aku seronok meraikan hari-hari orang pelik-pelik. Sampaikan badan yang berpeluh ini dapat mengeluarkan haruman semerbak serta lekitan di celah-celah. Tak aku hirau tentang itu.

Ini kerana, hati aku dalam keadaan bergurindam. Sampai tidurku tak lena. Lama aku nantikan saat ini.

Aku suka. Walaupun hasil jualan tidak seberapa pun.

Terima kasih kawan-kawan kerana menjadi penghibur.Di celah-celah terhibur dengan persembahan kawan-kawan. Sang Langit menjelma.

Aku suka lagi. Perlahan-lahan gurindam bertukar menjadi gembira.

Tapi dalam aku gembira. Ada pula tragedi curi-mencuri.

Kenapa perlu hadiah yang aku dapat dari Sang Langit hilang begitu saja?

Aku marah. Aku sedih.

Kau tunggu. Aku nak pergi mencari pencuri itu dan membuat 'police report'.

Saturday, April 25, 2009

Harap Maaf. Siaran Tergendala Sebentar.

Aku tanpa idea sekarang.
Entah kenapa.
Kawan aku memberitahu yang ruangan ini adalah tempat melepaskan tekanan dan luahan perasaan.

Aku pun berasa begitu.
Tiada apa yang lintas di kepala aku untuk dicoretkan.
Mungkin aku dalam keadaan yang tidak tekanan dan tiada luahan agaknya.

Lagi pun hari ini aku ingin ke hari perasmian 'Halaman Toiboy'.
Jadi mungkin tiada apa yang perlu diluahkan.


Aku hanya mahu makan banyak-banyak.
Mungkin selepas sampai di rumah nanti.
Aku akan berfikir untuk memilih sesi luahan di ruangan ini atau pun ruangan sabun di bilik mandi.



Kau pilihkan untuk aku boleh?

Friday, March 27, 2009

Get To Know Yourself Better

1. You've been tagged. Open this website : http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

2. Take the Personality Quiz

3. Copy Paste the result to your blog.

4. Tag 5-10 friends including me :)

5. Have fun and don't take any judgement too serious. It's just a personality test for God sake. You should know yourself better.


Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.

The right job for you:

You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:

You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.



Person that have been tagged :

1) Encik beristerikan Pegawai PTD
2) Si Mohawk
3) Sang Penguin
4) Mr. Pundit Unggul


Enjoy yourself.

Saturday, March 21, 2009

Akhirnya..... Aku Sudah Faham!

Seminggu jugalah aku diam menongkat dagu.
Hanya melihat aksi-aksi sahabat aku.
Ligat mereka mem'blogger'kan diri.
Kini aku kembali.

Dalam kesempatan yang ada ini.
Aku ingin memberitahu kepada anda semua yang aku telah dipilih untuk menjadi salah seorang peserta sebuah rancangan.
Rancangan yang memerlukan aku menjawab beberapa soalan.
Nama rancangan dan siaran tv itu aku tak pasti.
I'm shory!


Argh.. Untuk kau senang faham. Aku di'tag' oleh kawan aku lah.



Ok lah. Dengan tidak membuang masa lagi.
Kita pergi sahaja ke soalan-soalannya.


Name of my love : Nabi Muhammad s.a.w(Kekasih Allah- what a great name, right?)
Keluarga tercinta
Para-para cendiakawan-kawan
Langit

Formal school : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar (Siapakah komposer untuk lagu sekolah aku ya? Ingin benar bersua dengannya.)

The place that you want to visit : Mekah, Itali, India.

Place you like the most : Alor Star, Kedah

Favourite colour : Green (Tapi kulit aku tak 'match' dengan hijau)

Collage major : Civil and Structure Engineering

Binatang paling anda benci : Cicak



Tak semua jawapan aku lengkap.
Untuk jawapan yang lengkap.
Sila ke http//www.tanyasendiridepan-depan@sms@callbancik.com

Friday, March 13, 2009

Saya Suka Main Bola.

Hahahahahahahahaha!

Hahahahahahahahaha!

Hahahahahahahahaha!

Hahahahahahahahaha!



Kau tahu kenapa aku gelak besar?
Sebab aku dah pandai menulis jawi.

Aku suka.



ساي سوك ماءين بولا.

هاري-هاري ساي ماءين بولا.

چئڬو سوده تيدور.

ماري كيت ماءين.

Hehe. :)

Monday, March 9, 2009

Lima Belas Kilometer Bersamaan Dengan Tiga Setengah Jam.

Anak Rahman, Anak Shaari, dan Anak Yahaya telah memulakan perjalanan dari Alor Star pada pukul 8.30 malam (Hari Ahad) dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 5.30 pagi (Hari Isnin) dengan menaiki kereta Myvi 1.3 SE warna putih kepunyaan Anak Rahman.

Masa yang diambil mereka untuk tiba di Kuala Lumpur adalah 9 jam.



Saya ulangi.
9 Jam ok?


Azab kan?

Wednesday, March 4, 2009

Mengapa Jatuh Pada Hari Bekerja... Kenapa Tidak Di Hujung Minggu?

Selepas berhubung dengan cik Aquamarine.
Dia ada membuat kenyataan bahawa Jason Mraz berkonsert di KL.
Aku lupa tentang itu.
Mungkin kerana terlalu menghitung hari untuk pulang ke kampungku.
Aku tidak hiraukan apa yang terjadi di sekitar Lembah Klang agaknya.

Lagunya yang menjadi kegilaan remaja masa kini.
Kalau anda meminati mana-mana gadis.
Nyanyikan lagu "Lucky" kepada beliau.
Pasti gadis itu bernyanyi bersama-sama anda.

Berani? Cubalah.

Walaupun aku terasa seperti kerugian tak ke konsertnya.
Tapi aku tidak lah berapa kisah sangat.

Kepada semua yang ke konsert Jason.
Enjoy la ya.
Pastikan sudah dapatkan MC di klinik-klinik berdekatan untuk esok.




p/s: Jangan lupa pakai topi mengkuang. Ala-ala Jason Mraz.

Monday, February 23, 2009

Seorang Pekerja Yang Baik, Dedikasi dan Saksama.

Dulu kau bercakap seperti seorang yang amanah dan ikhlas.
Tapi selang 2 hari sebelum.

Aku dah kenalpasti kau 'cakap tak serupa bikin'.

Berdosa la menipu. Tak baik tau.

Atau

Memang kau seperti itu. Tidak pernah endahkan orang lain.
Jangan selalu begitu.

Aduh! Geli hati aku saja melihat perbuatan kau.

Sudah-sudah la.

Paling tidak pun adakan sedikit muka tak malu kau itu.

Jangan sampai aku malukan kau.

Malunya seperti tahi hidung separa basah melekat di hujung hidung semasa hari pertama kau 'date'.

Sunday, February 22, 2009

Kalau Satu Hari. Tak Apa. Kalau Dua Hari Pun. Tak Apa. Tapi Janganlah Tiga Hari. Tak Suka.

Tiupan angin kipas pendek berjenama "Panasonic" aku bergerak dalam kelajuan 2.

Tak sampai hati aku untuk menekan butang yang ke-3.
Hujan la.
Nanti sejuk.
Tak boleh nak control si adik pula nanti.

Langit mendung. Tandanya nak hujan.
Langit terang. Tandanya boleh pergi ke pekan.

Langit tak nampak-nampak?

Hilang la dia.

Sudah-sudah la sembunyi.
Tak gemarkan permainan sembunyi ini.
Kita main police entry lagi baik kan?

Ish..
Kau diam!
Kau apa tahu?

Kadang-kadang aku pun seperti kau.
Nak juga bermanja-manja.
Rock, rock gak.
Diri ini kena ada masa nak dimanja-manja.

Saturday, February 21, 2009

Ianya Sangat Menakutkan.Betul Tak?

Susah untuk aku berimaginasi tentang situasi ini.

Aku yang tak pernah merasa pun.

Hanya kedengaran cerita-cerita yang agak seram dari yang berpengalaman.

Tapi adakah aku perlu mencuba?

Mungkin aku akan cuba jikalau mereka berkata begini.
"Ang kena try dulu. Best sebenaqnya. Sekali ja seumuq hidop".

Mungkin aku tidak mencuba jikalau mereka berkata begini.
"Best memang best. Tapi comfirm ang ketaq lutut gila babi".

Mungkin aku tak akan mencuba sampai bila-bila pun?
"Bila ang dah sampai kat ataih tu. Tobat ang menyesai tak sudah la wei. Sebab aku menyesai naik menatang ni".

Erm...

Jadi bagaimana kawan-kawan?

Boleh pastikan mana satu tindakan aku?



----COUNTDOWN FOR GENTING'S SOLERO SHOT----
(8 HARI LAGI)


p/s: Pinyu, kalau anda berani. Sahutlah cabaran ini.

Friday, January 30, 2009

Keluh Sampai Peluh

Mungkin penyebabnya adalah cuti yang agak panjang. Buat aku terasa lengai.


Entah mengapa badan aku terasa lemah sekali. Mungkin kerana antibodi aku sudah kurang. Aku hanya makan gaji buta saja.


Tapi setelah mengisi perut tengahari. Aku kembali bersemangat untuk tidak memakan gaji buta. Lantas aku terus melakukan kerja aku seperti biasa.


Baru 5 hari aku tinggalkan. Tapi ada benda yang membuatkan aku marah. Rasa membuak-buak hati aku nak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mereka itu.


Apa boleh buat, para-paradikma di dalam diri aku ini tak mengizinkan aku untuk sedekahkan kata-kata kesat aku kepada mereka. Hanya mengeluh di tengah hari terik sahaja. Sampaikan berpeluh satu badan.


Sekurang-kurangnya aku tetap juga berpeluh. Walaupun tidak bersenam.

Wednesday, January 21, 2009

Al - Kisah Tersebutlah Kisah

Jam loceng menjalankan tugasnya seperti sebelumnya.
Berdering hingga terbuka mata yang sedang diulit mimpi.

Dicapai lemah tuala belang-belang.
Sambil mata masih berkelip-kelip kecik ke bilik mandi.
Ubat gigi dipicit-picit hingga keluar isi putih. Kumur.

Kulit muka juga perlu diberi penjagaan yang sempurna.
Air dicurah meliputi badan berserta buih-buih sabun.

Dikenakan pakaian seperti sedia kala.
Kemeja-T bersama seluar slack.
Rambut hanya dibetulkan tanpa sikat.

Galasan beg silang dan topi keledar tandanya siap sedia untuk memanaskan enjin kenderaannya. Dinyalakan rokok sebelum memasukkan gear 1.

Ketika inilah waktu yang sangat memerlukan keberanian dan kecekapan membonceng di dalam kawasan sesak dan sempit.
Kaki dan tangan perlu cepat bertindak.



Peringkat keberanian dan kecekapan tamat.

Sesi pemboncengan jarak jauh memerlukan kedudukan pinggang yang selesa.
Berjaga-jaga dengan kenderaan berat yang laju.
Ketika ini mata memainkan peranan yang penting untuk senantiasa menjeling ke arah cermin sisi.


Hampir 35 minit keseluruhannya.


Tiba sudah di tempat pencarian rezeki.
Dibuka pintu.
Dinyalakan lampu.
Dihidupkan penghawa dingin.

Menapak 20 langkah untuk bersarapan roti coklat mahupun jagung.
Hanya perlukan air mineral.
Balik semula di tempat berhawa dingin.
Dinyalakan rokok selepas makan.
Hampir 30 minit lamanya untuk merehatkan badan yang bergegar di atas jalan raya.


Topi keselamatan di pakai.
Kasut keselamatan dimuatkan.

Langkah dibuka ke kawasan pembinaan yang masih belum siap.
Kaki dijaga dari terkena objek tajam.
Kepala dipantau dari terkena barang jatuh ke bawah.

Matahari sudah mula menyinar.
Mata mula mengecil.
Dahi mula mengerut.
Badan mula berpeluh.



Tanggungjawab perlu dilaksanakan.
Perbetulkan yang salah.
Perkemaskan yang selerak.
Perbaikkan yang buruk.


Beritahu sebelum berjalan.
Lapor selepas siap.
Balik sesudah habis.


Tiba di rumah agak gelap.
Bersihkan diri jika larat.
Hiburkan hati melayani cerita.
Membentang tilam.


Sambil tangan sibuk menaip di komputer riba.
Hingga kelopak mata tertutup.

Sedang Kita

Sedang kita memilih menu di depan kaunter MacDonald's.
Sedang kita mengaut sebungkus dua Kit-Kat.
Sedang kita bersihkan gigi menggunakan Colgate.
Sedang kita tampak segak berpakaian Marks & Spencer.


ISRAEL TERSENYUM!


Sedang kita meneliti menu berlatarbelakangkan Starbucks.
Sedang kita melayar ke laman web dengan perisian Intel.
Sedang kita berfesyen dengan kasut baru berjenama Timberland.
Sedang kita mencuci muka dengan botol terpampang L'Oreal.


ISRAEL GEMBIRA!


Sedang kita selesa mengenakan tuala wanita Kotex.
Sedang kita suka memandikan anak-anak dengan cecair Johnson & Johnson.
Sedang kita leka meminum Coca-Cola.
Sedang kita sedap menghayati Danone Yogurt.


ISRAEL BERTEPUK TANGAN!


Sedang kita mencuci muka menggunakan tisu Kleenex.
Sedang kita bergaya dengan telefon bimbit Nokia.
Sedang kita gembira membeli-belah di Tesco.
Sedang kita mengunyah rangup butiran coklat Nestle.


ISRAEL MENDABIK DADA!


Sedang kita berbangga memperagakan Calvin Klein.
Sedang kita menghadiahkan kanak-kanak permainan Disney.
Sedang kita asyik menonton filem aksi mahupun romantis 20th Century Fox Films.
Sedang kita kenyang dengan mee Maggi.


ISRAEL BERPESTA!


Sedang kita membancuh Nescafe.
Sedang kita menjamu kucing dengan Friskies.
Sedang kita mengunyah lazat Jacob Biscuits.
Sedang kita meneguk lega Sprite.


ISRAEL MENYERANG UMAT ISLAM!


____________________________________________________
Tak akan mampu untuk kita menepis butiran peluru.
Tak akan mampu untuk kita merempuh kereta kebal.
Tak akan mampu untuk kita menghalang bedilan fosforus putih.
Hanya mampu membantu dengan selemah-lemah pertolongan.