Aku adalah seorang yang komited dengan kerja. Pendapatanku boleh dianggarkan RM4000-RM7000 setiap hujung bulan. Secara puratanya aku boleh menerima RM5500.
Aku bercita-cita untuk memiliki sebuah kereta mewah. Kemana saja aku pergi, aku senantiasa menceritakan kepada sesiapa saja tentang pendapatan dan cita-citaku ini. Selama bertahun-tahun aku ingin mengecapi apa yang diimpikan. Tetapi masih angan-angan Mat Jenin.
Ehem-ehem!
Watak 'aku' di atas itu bukanlah aku ini sebenarnya. Dia adalah seorang insan yang sudah lama aku kenal.
Aku mengarang seperti itu untuk menceritakan tentang sifat manusia. Selalu angkuh dan takbur bila berkata-kata.
Tidak salah pandang ke depan. Tetapi kau mesti ingat, ukur baju pada badan sendiri.
Kisahkah aku jika kau berkereta mewah? Cemburukah aku jika kau berpendapat tinggi? Tidak sama sekali. Malahan aku lebih berbangga kerana punyai kawan seperti kau.
Tetapi apa yang ku tahu. Semua itu hanya di dunia khalayan kau. Kau tidak sedar. Kau leka dengan permainan kau sendiri.
Baliklah kau. Sudah la. Jika kau mahu berkawan lagi dengan aku. Jika tidak, apa aku peduli. Sambung saja khalayan kau.
P/S: Ingatlah si pembaca dan tidak lupa juga diriku sendiri. Jangan jadi seperti watak 'aku' di atas. Buruk padahnya.
No comments:
Post a Comment