Sebelum ini, setiap kali tepat jam 5ptg. Otak aku secara otomatiknya akan bertukar menjadi tenang. Tidak lagi berfikir untuk mengadap bos, memikirkan tentang kerja.
Tetapi selepas aku bersuka ria beraidilfitri. Aku mula rasa goyah. Semuanya dihempap atas kepala aku. Ada saja yang akan ditegur. Ini dibuat salah. Itu dicakap salah. Cakap salah. Tak cakap pun salah.
Barangkali aku masih baru. Masih banyak perlu dibelajar.
Aku belajar. Aku seperti budak yang baru berdaftar di darjah satu.
Kamu seperti aku juga?
Aku memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk semuanya. Harapan aku, kekuatan itu boleh mencapai tahap kuasa gaban. Itu hanya harapan aku. Kau rasa aku boleh jadi gaban?
Mustahil?
Aku berikan kau peluang sejam dua fikirkan tentang aku dan gaban.
Fikirlah.
No comments:
Post a Comment