Wednesday, October 22, 2008

Sila Baca Bermula Dari Kanan Ke Kiri. Tidak Ubah Seperti Membaca Tulisan Jawi.

.ini cara tergamit aku spontannya dengan Lantas. jawi tentang sejenak Berfikir
. rasakan aku yang pelik yang perkara suatu Hanyalah
.kan?,salah yang sesuatu bukanlah ianya, difikirkan jika Tetapi
.rapat tidak sepurnama Hampir. Baiklah
.rapatnya-serapat pernah tak Walaupon
.waktu dan tika menunggu Hanya.
.itu? waktu dan tika Bila
.pasti? Kau. pasti tidak Aku

.kisah tak Aku. mengerti Aku
.hadapan di ada yang apa Kejarlah
.nantikan Aku .tunggu Aku
.Pungguk? .bulan rindukan pungguk Umpama

.dagu menongkat aku pula Tidak
.langit ke muka mendongak Cuma
.aquamarine bayangkan Hanya
.pasti tak aku indah Betapa

.nilainya tiada pertemuan Kaedah
.seribu dalam Satu
.tahu yang Tuhan Hanya
.kebetulannya tertulis sudah Semuanya

.apa tiada Mulanya
.indah yang sesuatu terbentuk Hingga
.qaseh Terima
.Tuhanku Syukur

Sunday, October 19, 2008

Boleh Tak Kalau Aku Biarkan Sahaja Ia Meleleh?

Rasanya aku perlu tidur ternganga. Walaupun itu bukanlah habitat aku. Pancainderaku yang bernama hidung ini tersumbat.

Apa yang perlu aku buat, ngangakan mulut sambil membuat proses pernafasan.

Kadang-kala aku perlu bersedia untuk bersihkan air hidungku. Kalau aku biarkan dan bersihkan menggunakan lidah ku, ok tak?

Bagaimana rasanya? Kau tahu?

Saturday, October 18, 2008

Gaban!Budak Itu Mahu Belajar.Gaban Tolonglah Dia Ya.

Sebelum ini, setiap kali tepat jam 5ptg. Otak aku secara otomatiknya akan bertukar menjadi tenang. Tidak lagi berfikir untuk mengadap bos, memikirkan tentang kerja.

Tetapi selepas aku bersuka ria beraidilfitri. Aku mula rasa goyah. Semuanya dihempap atas kepala aku. Ada saja yang akan ditegur. Ini dibuat salah. Itu dicakap salah. Cakap salah. Tak cakap pun salah.

Barangkali aku masih baru. Masih banyak perlu dibelajar.

Aku belajar. Aku seperti budak yang baru berdaftar di darjah satu.

Kamu seperti aku juga?

Aku memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk semuanya. Harapan aku, kekuatan itu boleh mencapai tahap kuasa gaban. Itu hanya harapan aku. Kau rasa aku boleh jadi gaban?

Mustahil?

Aku berikan kau peluang sejam dua fikirkan tentang aku dan gaban.

Fikirlah.