Friday, September 19, 2008

Penat Tidak Mengapa. Sabar La Sekejap. Masa Akan Tiba.

Tidak pula aku penat membuat kerja di kantor. Apatah lagi nak berserabut tentang kerja. Aku hanya tengah fikir nak balik raya saja. Hang pun sama kan?

Biasa la, dah raya 'setahun hanya sekali, kita merayakan hari yang mulia ini'. Sebagai mengambil langkah awal. Aku pergi ke bank. Tujuannya ialah menukar duit raya. Argh... Apa punya bank. Ada ka patut, duit note rm50 pon tak ada. Ish, mengarut betol. Tidak mengapa, dugaan di bulan puasa. Aku senyum sahaja.

Berbuka puasa aku dengan rakan-rakanku. Kenyangnya. Tapi tak sedap sangat. Dah lapar, belasah aja la.

Kemudian, dalam aku leka menonton tv sambil sandarkan badan di sofa yang hempuk. Aku terima panggilan dari abangku. Oh tidak! Aku lupa yang aku sepatutnya berbuka puasa bersama-sama abang aku. Terlepas aku merasa makan di kelab golf. Agak menarik kan? Dah bukan rezeki aku. Tidak apa la.

Mengapa aku tidak boleh tidor awal seperti dulu? Baik ke kelabu malami sahaja. Ringankan badan, goyangkan badan. Mata pon sedap memandang. Ish! Tak suka aku tempat itu. Kau suka?

Inilah yang aku cakap tadi. Aku terlalu ghairah memikirkan tentang balik raya. Ghairah balik raya tidak sama seperti ghairah itu ya. Paham tak? Sudah la. Buat-buat saja macam tak paham. Bulan puasa pun nak fikir bukan-bukan.

2 comments:

.(ns) said...

"masa akan tiba"
tiga perkataan yang menunjukkan kamu seorang yang positif menerima apa dihadapmu.

saya kagum dengan semangat dan ghairahmu menghargai syawal yang menjelma.

positiviti kamu banyak sudah menjadi inspirasi saya.

selamat berhari raya. :)

bi+ae+en+si+ai+ke said...

wah...selamat hari raya jua utkmu..