Thursday, September 30, 2010

Tak Tahu Malu.

Itu hari aku ada membuat sedikit gerakan tarian shuffle. Hancur sebab aku memang tak pandai menari.

Sang Langitku kata best.

Lepas itu aku menyanyi. Dia kata sedapnya suara aku.

Harap-harap nanti dia akan kata best juga jika melihat aksi aku berlakon.

Terima kasih Sang Langitku ;p

Wednesday, September 29, 2010

Kelmarin I Ada Call U. Nak Buat U Jadi Model I. Tapi U Pi Mana?

"Dah."

Tom (T): I dah settle buat kerja.
Angelina (A): Kerja apa?

T: Kerja I sendiri saja.
Ala, konon-konon I nak buat portfolio untuk hobi i ni.

A: What is your hobby?
T: My hobby is take a picture. Photography.

T: So, tadi I dah buat sikit-sikit editing.
A: Editing yang bagaimana?

T:I buat cantum-cantum gambar saja.
I tak pandai nak edit-edit colour sangat.
Dah la I ni tak pandai Photoshop. Dah pernah try belajar.
Tapi entahlah, sampai ke sudah tak pandai-pandai.
Nanti I try belajar lagi.

A: Gambar apa yang dirakamkan?

T: Sorry. Bukan rakam, tapi tangkap@ambil.
Pernahkah U dengar orang cakap rakam gambar?
Tak pernah kan? Tangkap@ambil gambar pernah lah kan?
Gambar bunga dan pokok-pokok sahaja.

A: Dimanakah lokasi itu?
T: Di Tasik Shah Alam.

A: Pukul berapakah?
T: U nak pukul berapa? I pukul U nak tak?

A: Sudah la. Malas betul la macam ini.

T: Tak percayakan I kah?

T: Kalau U tak percayakan I. U check SMS dalam telefon u.
I SMS U banyak kali sangat. U tak reply-reply pun.
Ada I hairan? I tak kisah sebab I tau U tidur kan? Dah memang hobi U suka tidur.
So jangan nak banyak tanya. Sekarang dah lewat. U pi lakukan hobi U tu.

A: Hobi I? Apa hobi I?

T: Ish.. jangan sampai I kata U ngok! Tidur lah sayang....

A: Ala...I nak U nyanyikan lagu untuk I sampai I tidur.

T: Kredit I dah nak habis. Esok sambung lain.
Tata!

Monday, September 13, 2010

Aku Pilih Jalan Mudah.

Hai :)

Saja aku merobek-robek di bahagian "Design", aku terjumpa layouts baru.

Lalu, aku mula untuk membuat pilihan.

Dan ini lah layout aku yang terbaru.

Orang lain menggunakan cara manual untuk menukar layout mereka untuk dilihat menjadi lebih funky.

Tetapi aku hanya perlu melakukannya secara auto.

Sebabnya, aku tak pandai coding-coding dalam perisian computer ini.

Harap maaf jika tak cantik.

Hati Manusia Senang Berubah. Inikan Pula Alamat Laman Web.

Saya dengan ini ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.