Sunday, March 14, 2010

Fantasi Aku Ini Bukanlah Sesuatu Yang Mengghairahkan. Sila Lihat Surat Khabar Esok, dan Selak Muka Surat Belakang.

Aku rasa fikiran fantasi aku sudah cukup untuk setakat ini.
Tidak usah lagi aku terhegeh-hegeh untuk mengejar yang tidak mungkin boleh dicapai.

Alasan aku serupa.
Asyik terlupa untuk menukar barisan-barisanku.
Argh..tetapi itu bukanlah satu alasan untuk aku melepaskan batuk di tangga.
Tetapi hakikatnya memang sumpah aku tak tipu.
Kalau tak terlupa pun, tak sempat.
Masakan aku tergamak sengajakan semua itu kan.

Oleh itu, untuk musim ini.
Aku kasi 'can' sama mereka untuk menggondol kejuaraan kali ini.
Tapi untuk musim depan. Kau tunggu dengan penampilan baru ku.
Mungkin penampilan ku lebih kepada "come back".
Tapi untuk kali ini, aku perlu katakan "just go back and sleep la wei".


Sudahlah, aku sudah tak sanggup untuk melihat pasukan aku di tangga yang ke 9.
Sekurang-kurangnya bagi lah aku 'Top 4'.



Ok lah, i just want to go back and sleep right now.
See you in the next season.

Friday, March 12, 2010

Hari Ini Aku Akan Ke Masjid

Aku bersama hari-hari sebelum seperti seorang yang patuh kepada waktu.
Tetapi kekadang tidak lah aku patuh sangat.
Lewat 30min, sejam pun pernah.

Sekarang dan mungkin ke hari-hari depan, aku perlu lupakan waktu-waktu itu.
Sampai aku lupa hari apa hari ini.
Sebab itu, minggu lepas aku terlepas Solat Jumaat. :D

Tetapi hari ini ialah hari Jumaat dan aku akan ke masjid sebentar lagi.


Ok lah, aku malas nak tulis panjang-panjang.

Cuma aku nak beritahu tentang seorang sahabat yang ingin melangkah ke alam baru.

1. Kusut
2. Ghosot
3. Bebai
4. Kelam-kabut
5. dll

Itu yang aku dapat tahu dari dia la.
Dll tu aku tak pasti la apa yang dia rasa.


Tapi tak apa, aku sentiasa akan membantu dia dari belakang. Tetapi tidak lah aku tergamak
hendak main belakangnya.

So dude, don't worry. You'll never walk alone ok!


Ok, masa untuk bersiap ke pejabat pos dan masjid.



p/s: pejabat pos adalah ofis baru aku sekarang.