Saturday, February 20, 2010

Bukan Nama Sebenar

Hari ini aku ada satu cerita.
Ceritanya berbunyi begini.

Pada suatu hari, seorang rakan bernama Bukan Nama Sebenar(BNS) telah berceritakan tentang seorang gadis.
Gadis itu dikenalinya melalui seorang rakan. Difahamkan rakannya itu adalah sepupu kepada gadis tersebut.
Pada mulanya mereka hanya berkenalan melalui satu laman web. Selang beberapa minggu, bermulalah bibik-bibik cinta di antara mereka berdua.

Dengan perkenalan yang singkat itu, si gadis itu telah pun membuat sesuatu yang amat memeranjatkan. Iaitu dengan penukaran statusnya di laman web itu dengan menukar ke status "In A Relationship with BNS".

Apa lagi, terkejut beruk BNS apabila mengetahui tentang itu. Dengan tidak semena-mena dan berfikir panjang, BNS pun menukar status yang sama.


Tidak lama kemudian. Lebih kurang sebulan.


Status "In A Relationship with BNS" itu bertukar kepada "Single".

Tuesday, February 16, 2010

Januari

Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku.... sirna

Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati tak berpihak.. pada kita

Kasihku...
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda

Dengarkan...
Dengarkan lagu... lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita
Berakhir di Januari





Disebabkan tiada entri pada Januari 2010.
Maka, aku ingin menghadiahkan satu lagu untuk kau.
Aku hanya 'copy and paste' sahaja lirik itu.


Sang Langitku, kisah cinta kita tidak akan pernah berakhir sampai bila-bila.
Dengan izin Allah, saya akan kekalkannya.



P/s: Tolong beritahu aku, wujudkah lagu bertajuk Februari?

Surat Tak Rasmi ( tidak lebih daripada 180 patah perkataan)

Kehadapan kekasihku Si Langit,

Apa khabar adindaku yang berada nun jauh di sana. Harap-harap sihat-sihat belaka. Bagaimanakah kehidupan seharian adinda semenjak ketiadaan kekanda di sisi?

Kekanda begitu rindukan adinda.
Betul, kekanda tidak bohong.
Sangat-sangat rindukan adinda.

Bagaimana dengan telinga adinda?
Sudahkah adinda berjumpa pakar?
Jikalau belum,sejurus kekanda tiba.
Kita pergi bersama-sama ya?
Kekanda risau akan telinga adinda.

Oh, bagaimana pula dengan kerja baru adinda?
Adinda seronok dengan kerja baru itu?
Kekanda tumpang gembira juga.

Tidak lama lagi, kekanda akan pulang kepangkuan adinda.
Bukanlah niat kekanda untuk meninggalkan adinda seorang diri.
Tetapi kekanda pergi untuk berjuang demi keluarga dan kebahagian kita.
Harap adinda bersabar menanti kepulangan kekanda ya?

Jikalau ada kesempatan, dapatlah kekanda membawa pulang ole-ole untuk adinda sekeluarga.


Sampai di sini dahulu surat kekanda untuk adindaku yang tersayang.
Moga berjumpa lagi.



Dari,

Kekasihmu di kampung halaman.



(137 patah perkataan)