Wednesday, December 31, 2008

Bila Dikenang

Yang dikejar dah dapat.
Yang ditunggu hampir tiba.
Yang melayang melayang jua.
Yang diidam pasti dikecapi.

Tidak mungkin berpaling sekali.
Tidak akan berpusing lagi.
Tidak pernah putus asa.
Tidak pula putus harap.

Hanya tumpu lorong di depan.
Hanya toleh untuk menyapa.
Hanya pergi dan pergi.
Hanya tidak bersendiri lagi.

Walau diungkit berjuta cerita.
Walau itu terperit hati.
Walau tidak akan diulang.
Walau otak penuh sengsara.



Tersimpulnya satu sipnopsis hidup Fazli bin Yahaya untuk tahun 2008.
Yang pasti dia perlu lebih berjuang untuk tahun hadapannya.
Kejahilan mengajar erti kehidupan.
Terlerai sudah yang tersimpul.
Terjumpa sudah yang dicari.
Bercahaya sudah yang gelap.
Tersenyum sudah yang masam.
Bersenang sudah yang susah.


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430.
Happy New Year 2009.

Sunday, December 14, 2008

Jeling-Jeling Pandang-Pandang

Tidak pernah hilang jelingan kiri. Buatkan aku gusar.

Dimanakah jelingan kanan bersembunyi. Aku tercari-cari juga sebenarnya.

Mengeluh aku pada petang. Tidak pernah diduga sebegini rupa.

Sampaikan khabar berita menceritakan aku seorang yang tiada kaki dan tangan. Goyang telur sahaja.

Ini tidak boleh jadi.

Adakah bekerja di bawah terik dianggap goyang telur?

Apakah berada di dalam hujan dipanggil malas?


Tetapi apakan daya. Aku bukan seorang yang pernah mempertahankan diri.

Aku tak kisah.

Bagaimanapun, aku tetap akan hilangkan jelingan kiri itu.

Tapi dimana hendak aku cari jelingan kanan? Bolehkah kau tolong carikan untuk aku?

Monday, December 1, 2008

Adakah Paksaan Secara Keras Untuk Tidur Tergolong Di Dalam Jenayah?

Jemputan ke kamar sudah diterima. Tetapi mengapa juadah tidurku belum tiba.

Juadah itu bukanlah sebentuk manusia. Tetapi nikmat tutupan kelopak mata dan seterusnya proses ke alam maya . Jangan kau kuning sangat lah.

Sangkaan aku akan terus pejamkan mata. Kerana jarum jam sudah pun bertindih.

Para ahli lain dah hanyut ke mana-mana. Aku masih ibarat menongkat mata dengan batang mancis.

Bila difikirkan kembali. Adakah aku mengalami penyakit 'imsonia'?

Tulang empat kerat aku sudah pun lenguh. Semalaman aku kerja keras. Untuk naikkan api sempena ayam BBQ.

Aku hanya tunggu bila pula otakku akan kelenguhan seperti tulang-tulangku.

Tolonglah! Aku nak tidur. Esok aku perlukan bangun yang awal. Kau boleh tolong?

Tuesday, November 25, 2008

Kain Putih

Semalaman aku bergelumang dengan mimpi. Untuk pertama kalinya bermimpi. Bukanlah selama ini tidak pernah bermimpi. Tapi kali ini mimpi hinggakan gementar hingga tersedar sambil jantung laju berdetak.

Mengapa? Kerana aku hanya terlihat tubuhnya diliputi kain putih.

Nangis aku dalam mimpi. Semangat kuat menjadi tiada. Aku sudah tiada upaya.

Walaupon hanya mainan tidur. Aku resah. Aku bimbang. Ceritera ini akan terjadi jua di kemudian hari. Hanya menunggu saatnya.

Bagaimana aku perlu tempuh kenyataan ini sedangkan mimpi pun tidak dapat aku harungi.

Mungkin kau hairan kan? Apakah sebenarnya mimpi itu kan?

Aku berdoa agarnya tiada apa-apa.

Abah. Aku doakan agar abah senantiasa sihat.



Amin

Wednesday, November 12, 2008

Terpaksa Jua Aku

Aku adalah seorang yang komited dengan kerja. Pendapatanku boleh dianggarkan RM4000-RM7000 setiap hujung bulan. Secara puratanya aku boleh menerima RM5500.

Aku bercita-cita untuk memiliki sebuah kereta mewah. Kemana saja aku pergi, aku senantiasa menceritakan kepada sesiapa saja tentang pendapatan dan cita-citaku ini. Selama bertahun-tahun aku ingin mengecapi apa yang diimpikan. Tetapi masih angan-angan Mat Jenin.


Ehem-ehem!

Watak 'aku' di atas itu bukanlah aku ini sebenarnya. Dia adalah seorang insan yang sudah lama aku kenal.

Aku mengarang seperti itu untuk menceritakan tentang sifat manusia. Selalu angkuh dan takbur bila berkata-kata.

Tidak salah pandang ke depan. Tetapi kau mesti ingat, ukur baju pada badan sendiri.

Kisahkah aku jika kau berkereta mewah? Cemburukah aku jika kau berpendapat tinggi? Tidak sama sekali. Malahan aku lebih berbangga kerana punyai kawan seperti kau.

Tetapi apa yang ku tahu. Semua itu hanya di dunia khalayan kau. Kau tidak sedar. Kau leka dengan permainan kau sendiri.

Baliklah kau. Sudah la. Jika kau mahu berkawan lagi dengan aku. Jika tidak, apa aku peduli. Sambung saja khalayan kau.




P/S: Ingatlah si pembaca dan tidak lupa juga diriku sendiri. Jangan jadi seperti watak 'aku' di atas. Buruk padahnya.

Tuesday, November 4, 2008

Tentang Ceritera

Sedang aku mengamati lagunya
Suatu deringan berbunyi
Bimbit ku rupanya
Bila di lihat
Ada sms

Aku baca
Datangnya dari yang rapat
Tetapi hairan
Pesanan ringkas itu bukannya darinya

Aku gusar
Aku resah
Aku gundah

Mengapa harus ini terjadi
Aku tidak dapat bayangkan
Entah bagaimana boleh terjadi
Tidak ku pinta semuanya

Kecewa di hati
Sedih bersama pilu
Aku kebengongan
Semuanya berubah sekelip mata

Silapkah aku?
Salahkah dia?

Aku tak pasti
Hanya Tuhan tempatku berlindung

Aku bahagia di belakang hari
Tidak lagi tika ini
Hanya duduk kekeliruan

Jalanku tidak bermaya
Tidurku tidak lena
Makanku tidak enak
Ibadatku harap diterima

Sudah tiada lagi
Impian ku musnah
Biarlah berlalu
Episod tiada kesinambungan

Ceritera lama sudah berakhir
Menjadi suatu ingatan
Entah bagaimana nak ditempuh
Hingga bertentang ceritera yang tiada pasti

Wednesday, October 22, 2008

Sila Baca Bermula Dari Kanan Ke Kiri. Tidak Ubah Seperti Membaca Tulisan Jawi.

.ini cara tergamit aku spontannya dengan Lantas. jawi tentang sejenak Berfikir
. rasakan aku yang pelik yang perkara suatu Hanyalah
.kan?,salah yang sesuatu bukanlah ianya, difikirkan jika Tetapi
.rapat tidak sepurnama Hampir. Baiklah
.rapatnya-serapat pernah tak Walaupon
.waktu dan tika menunggu Hanya.
.itu? waktu dan tika Bila
.pasti? Kau. pasti tidak Aku

.kisah tak Aku. mengerti Aku
.hadapan di ada yang apa Kejarlah
.nantikan Aku .tunggu Aku
.Pungguk? .bulan rindukan pungguk Umpama

.dagu menongkat aku pula Tidak
.langit ke muka mendongak Cuma
.aquamarine bayangkan Hanya
.pasti tak aku indah Betapa

.nilainya tiada pertemuan Kaedah
.seribu dalam Satu
.tahu yang Tuhan Hanya
.kebetulannya tertulis sudah Semuanya

.apa tiada Mulanya
.indah yang sesuatu terbentuk Hingga
.qaseh Terima
.Tuhanku Syukur